anda pembaca yang ke--->

Friday, December 30, 2011

Johor

Aku dtg ke mari untuk menziarahi Pak chik aku yg dikatakan tenat Di hospital.Lama dah aku tak jejakkan kaki Di bandar Johor Baharu ni.. Bandar ni sebenarnya banyak kenangan bg aku.. Aku pernah bekerja di sebuah kilang kipas ( mistral ) sewaktu menunggu SPM dulu selama hampir 3 bulan. Dan kali terakhir ketika aku menyambung pelajaran (post basic) Di hospital Sultanah Aminah selama 6 bulan pada 2007..

Thursday, December 29, 2011

SuPaRjO

Atau nama Glamournya JOE... pekerja aku berbangsa indonesia yang tersangatlah lemah gemalai..dah setahun lebih dia mengerjakan kebun pisang seluas 15 ekar..esok pagi nak kena pergi Putrajaya untuk program 6P...happy sgt mak aku bila dpt tahu Joe diluluskan untuk menjadi pekerja aku..maklumlah lepas ni senanglah dia nak suruh joe tu buat itu ini..masalahnya Joe Jambul ni..pukul 12 pun tak bgn tido lagi..petg2 baru la terhegeh2 nak buat kerja,...aduyaiiiii....

MAIMUN TALIB

    MAKSU Maimun,,,mak sedara aku yang juga pelakon handalan..saper tak bangga erk,ada sedara yang dikenali dan diminati ramai,.sporting pulak tu..sebenarnya aku kenal dia lambat,aku umur 24,baru aku tahu yang dia ni makcik aku..ayah aku terpisah dengan adik beradik dia sejak aku belum lahir lagi..
lepas tu kami sering berhubung..dia pun sangat mesra setiap kali kami berjumpa..aku kawen hari tu pun dia yang jadi pengapit..sampaikan org dtg nak bergambar dgn dia,bukan dgn aku..hahahhahaha...
sadness
terkejut sangat dapat tahu yang Pakcik aku sakit tenat di Hospital Sultanah Aminah Johor Baharu sekarang ni akibat brain tumor..nadia jusr text me n she said pakcik dalam coma..i have to go there,,,esok insyaALLAH..ya RABB..please bless him...:((

Sunday, December 25, 2011

kaabah

rindunya aku pada rumah ALLAH ni..dah hampir setahu aku tak jejakkan kaki ke Mekah..bila la lagi untuk aku ke sana..bila dh balik ke Malyasia ni baru aku rasakan macam aku kerugian kerana tidak menggunakan masa sebetulnya untuk beribadat ketika di ARab Saudi dulu...
tu lah ,mula2 plan nak gi dgn abg,,, tapi memandangkan keadaan tidak mengizinkan ditambah dgn ujian2 yang maha hebat,kami terpaksalah membatalkan dulu niat nak naik haji tu..

Siti Nordiana

malam ni aku dgn abang turun ke kedai..sajer nak tgk bebudak buat kerja,sambil survey customer,alhamdulillah..sejak dua tiga menjak ni mmg ramai..
abg duduk kat meja bawak dgn muka seriusnya. aku masuk ke kaunter tgk sale dan baki terkini..tiba2..masuk sekumpulan manusia,lingkungan 10 orang melintasi sambil tersenyum. eh.. rasa kenal je pompuan ni,bisikku..mcm muka penyanyi...
   lepas tu baru aku perasan,tu rupanya siti nordiana,penyanyi popular dgn lagu2 duet dgn arwah achik spin,dh bertudung litup dia,manis dan kecik molek..bekas isteri arwah Faizal Yusuf..
lama juga dia lepak..sambil minum dan makan french fries..mak dgn anak dia yang nama rayan pun ikut sama..mmg cute anak dia tu..aku hanya memerhati dari jauh..sesekali aku mengusik satff aku untuk bergambar..tapi diorg wat derk je.huhuhuhu

Thursday, December 22, 2011

pening

        Semalam memang aku perasan..sejak diberitahu permasalahan tu,,abang mcm tk selesa,dahinya tk berhenti berkerut dan berfikir. kesian dia aku tgk,dah la bnyk msalah dgn company sendiri,ni di tambah pulak dgn masalah kedai aku.
pagi2 bila aku celik mata,aku lihat abg dah siap mandi dan sibuk iron baju kuning dia sendiri. erm...aku yang tak berapa stabil hormon ni terpaksa gagahkan diri juga..ni lah yg patut aku lakukan,aku kena motivate kan diri aku sendiri,,aku kena kerja kuat,tolong abg,tolong che dan ayah,,,:((
      aku dengar abg dah start enjin lori..alamak..dia keluar dulu,aku tengok ada kunci exora dia tinggalkan untuk aku..ermm..aku capai tuala dan mandi...
  Tak sampai 5 minit,abg balik semula ke rumah..aku senyum sendirian..dia turun dari lori dgn tersenyum,.banyk betul plan dia hari ni,ntah jadi ntah kan tidak...
   

kucing?? hehe..binatang kesayangan nabi..aku tak tahulah kenapa aku obsess sangat dengan haiwan manja ni...tapi itulah hakikatnya..cat , kucing ,hurairah...binatang yang deserve kasih sayang dari manusia...