anda pembaca yang ke--->

Wednesday, October 3, 2012

kenapa jin suka rasuk gadis melayu?

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum Cina dan India. Di mana salah nya…

Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.
Kes histeria di sekolah kat BSB… ..Misteri di Asrama Puteri terjawap!
Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya!
Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.
“Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!” Kenapa gadis Melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???”
Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab… “Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat”, “Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK… ” “Aduhai…

Tuesday, June 12, 2012

KENANGAN OH KENANGAN......

berdiri dari kiri: Nosie,Corrie,Mala,Mas Ayu,Hafiz,Faizal
dudu dari kiri : Aku,Nita,Along farizan,Sunie,Fazliana,Along Intan,Faezah,Fatimah,Maheran
duduk dari kiri: nasir,yakob,azman,fendi

Monday, June 11, 2012

alahai..

satu hari di wad kecemasan
seorang lelaki datang dengan cemasnya..sambil mendokong seorang bayi yang berusia kira-kira 6 bulan
" saya nak jumpa Doktor,,tolong.."
maka Doktor yang sedang bertugas segera datang kepada lelaki itu.
"kenapa encik?"
" tolong Doktor..saya rasa anak saya ni pelik..cuba Doktor tengok.."
Dengan teliti doktor muda itu memeriksa bayi yang sangat comel itu..
Doktor itu menggaru kepala..
"tiada yang pelik dengan anak encik ini..dia sihat walafiat"
dia menjelaskan kepada bapa bayi itu.. tetapi berulang kali lelaki itu tetap berkeras bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan bayinya.
" doktor tolonglah..saya pasti ada sesuatu tak kena dengan anak saya ni..perangai dan tingkahlakunya sangat berlainan jika dibandingkan dengan kakak-kakak dan abang-abangnya yang lain."
doktor itu sangat hairan
"tak apalah..kat mana anak-anak encik yang lain?"
"di dalam kereta bersama ibu mereka.".jawab lelaki itu. masih cemas.
"tak apalah..bawa mereka semua ke sini..saya akan buat perbandingan"
lelaki itu keluar dari wad kecemasan dengan tergesa-gesa,
tidak lama kemudian masuklah lelaki itu dan isterinya yang membawa 5 orang anak lelaki dan perempuan,


doktor itu senyum..
"patutlah..yang lain semua DOWN SYNDROME"

ice age 4

aku memang penggemar filem2 animasi jenis macam ni. Bermula dengan Finding Nemo.,aku mula kagum dan minat dengan idea2 mat saleh yang pandai menghiburkan penonton dengan filem bercorak animasi.
Antara filem animasi yang paling best dan memang aku nanti-nantikan adalah Shrek,Ice Age,Barbie dan banyak lagi.. yang latest ni ialah Ice Age 4..memang aku suka sangat dengan gambar yang cantik dan 'colorful' serta watak yang best seperti Sid,Diego dan Manny..semua watak itu amat berkesan dan menghiburkan aku.

tak sabar nak filem ni keluar Julai nanti..di sini aku sertakan gambar-gambar sedutan filem ICE AGE 4 ni...Dengarnya Diego dah jumpa awek kali ni..hahaha mesti cun..

Thursday, June 7, 2012

POLITIK???

    Democration..atau demokrasi..atau perkataan lainnya bebas memilih siapa calon dan pemimpin

yang akan menerajui negara. pemimpin adalah diibaratkan sebagai nakhoda kapal yang mengemudi kapal..kalau betul hala tuju,matlamat,niat dan tujuan,sampai lah kita ke destinasi seperti yang anak-anak kapal dan penumpang kapal inginkan.
    Aku tidaklah diasuh atau dibesarkan untuk menjadi penggemar atau pengikut atau fanatik dengan politiks. tetapi aku dibesarkan bersama anak-anak buah kepada penggemar politik. setiap kali ada perjumpaan atau mesyuarat politik,aku akan kesana untuk bermain teng teng atau membuat bising. seronok bila diberi makanan percuma. tapi dalam pada bermain dengan girang,aku mencuri menyelinap masuk didalam dewan dan mendengar beberapa keluhan,dengusan dan aduan masyarakat setempat kampung aku.
     Aku melihat seorang ketua wanita UMNO yang sangat aku kenal sedang berhujah dengan yakin dan bersungguh-sungguh. diam-diam aku mengagumi dan cuba mengambil tahu,apa yang di bincangkan oleh mereka.
   Memang aku akui..aku dibesarkan dalam suasana aman dan harmoni..Penduduk kampungku penuh dengan hiburan, ada Band Jamming,ada Dikir Barat..ada game seperti bola sepak dan macam macam lagi aktiviti yang dianjurkan oleh kelab UMNO. ALHAMDULILLAH..aku cukup dan sangat bersyukur dengan keamanan yang dikecapi..
    Masa berlau dan aku berpeluang bekerja di luar negara. di sana aku mula belajar mengenai kehidupan yang sebenar di dunia ni. ISLAM..ya..aku sungguh leka,bukan tidak diajar atau di asuh dengan cara Islam..malah ayahku seorang guru al-Quran..tetapi Islam yang diamalkan oleh aku hanyalah sekadar Islam keturunan dan hanya meneruskan istilah keturunan...
     ARAB SAUDI..sebuah negara ISLAM yang sangat kaya dengan minyak. aku pada mulanya sangat tidak selesa dengan undang-undang dan tingkahlaku penduduknya terutama yang berbangsa Arab yang "perasan" mulia di mata aku. beberapa perkara yang sangat pelik dan tidak diterima akal menjadi bahan serius dan undang0undang yang sangat ketat di negara mereka. antaranya

 1)  semua wanita tidak mengira bangsa,kaum atau agama wajib mengenakan jubah berwarna hitam ( ABAYA) dan menutup kepala ketika keluar di tempat awam.

2) wanita tidak dibenarkan bekerja di tempat2 yang ada ramai orang seperti di Pasaraya,di kedai2 atau di bank.

3) wanita tidak dibenarkan memandu sebarang jenis kenderaan

4) wanita tidak dibenarkan keluar seorang diri..( merbahaya )

5) wanita tidak dibenarkan berbual atau berjalan dengan lelaki bukan muhrim ditempat awam

6) wanita tidak dibenarkan bersuara kuat atau ketawa di tempat awam.

7) semua pesalah yang didapati bersalah di mahkamah akan dihukum mengikut cara ISLAM.. ada seorang PHILIPINE yang beraga kristian dipotong tangan kerana mencuri..

8) bukan warganegara tersangatlah susah untuk mendapat sebarang rawatan dinegara ini melainkan dengan campurtangan pihak kedutaan. bayangkan ada seorang kawan saya dari terengganu terpaksa pergi ke 8 buah hospital untuk bersalin dan akhirnya diterima masuk setelah isterinya hampir bersalin di dalam kereta,


aku sendiri pernah terkena amaran oleh MUTAWWA..kerana ketawa berdekah-dekah di dalam MCDONALD kesimpulannya  pihak berkuasa yang sentiasa ada di mana2.seperti mencari salah manusia di sana.

Sangat jelik dan pelik..rakan-rakanku yang terdiri daripada pelbagai bangsa diseluruh dunia juga terpaksa mengikut undang-undang yang ditetapkan di sana. Mereka tidaklah menentang atau melawan,cuma memprotes dalam diam. apa nak buat-cari makan di negara kaya dengan minyak ni,kena ikut je la,,.
 lama aku berfikir dan mengkaji secara logik..
mengapa begini..

Taraf hidup rakyat disini terlalu tinggi..seorang tukang cuci pun bergaji RM 2000.00.kalau gaji kurang daripada sejumlah itu,sudah dianggap miskin.


tapi yang istimewanya
1) semua rakyat atau sesiapa sahaja di bumi arab ni tidak perlu membayar cukai- sebab itulah berduyun-duyun mat saleh yang perasa bagus datang mencari rezeki di sini

2) warganegara Saudi tidak perlu membayar bil api/bil air/ atau bil hospital.

3) anda boleh menyatakan kemarahan dalam bahasa ibunda sebab mereka tidak akan faham( begitu juga sebaliknya )

bangsa arab yang berkulit gelap ( terutamanya dari SUDAN ) seperti disisihkan.Mereka seperti merempat dibumi ARAB ini. 
pendek kata..memang tidak selesa bagi aku orang luar yang menumpang dan bekerja disini tinggal dengan aman dan bebasnya. setiap kali terbang pulang ke Malaysia,aku rasakan seperti mati hidup semula.
     Seperti yang diceritakan kepada aku.. dahulu negara ini memang dibuka kepada sesiapa sahaja untuk masuk dan menetap atau bekerja di sini ( open country ) .Jadi ramailah orang dari segenap pelusuk dunia datang buat haji dan terus tak balik-baik., Terutamanya mereka yang datang dari jauh seperti Tanah Melayu,Indonesia,Selatan Thai, dan negara arab sendiri seperti Sudan,Somalia,Yaman, dan Mesir Tetapi sejak penemuan minyak dan segala sumber-sumber asli, negara ini sekelip mata bertukar kaya raya. dan segala kemudahan yang diberikan kepada pendatang2 itu ditarik balik.
 
pernah aku bertanya kepada seorang gadis Arab..adakah mereka selesa dengan kehidupan mereka sekarang,harus dan wajib bertudung litup hanya menampakkan biji mata. berjalan dengan keadaan serba hitam,walhal gadis itu cukup cantik sebenarnya.
 dengan yakin dia berkata-dia sangat selesa dan berasa selamat,lelaki tidak akan tahu dia seorang yang cantik dan muda. dia akan selalu dilindungi oleh keluarga ketika keluar ke tempat awam.
 aku juga bertanya mengenai hudud- dengan lantang dia menjawab-itu arahan ALLAH- aku terkunci.

pernah suatu pagi- seorang Doktor Arab datang bertanya kepada aku- apa yang berlaku di malaysia-
pada hari perhimpnan BERSIH 2.0.
aku dengan yakinnya menjelaskan yang perhimpunan ini hanya menuntuk SPR supaya 'BERSIH'  dan TELUS dalam mengira undi. supaya tiada pengundi hantu atau pengundi yang dibayar atau dijadikan rakyat Malaysia padahal mereka hanya pendatang asing
rupanya-rupanya penjelasan telah diberikan oleh rakan-rakan sekerjaku yang kuat mengutuk perhimpunan itu. penjelasan dari sudut yang berlainan. Penjelasan bahawa pengikut BERSIH ini tidak bersyukur dengan keamanan yang diberikan dan dikecapi.

begitu juga dengan kes Model bernama Kartika yang didapati bersalah meminum Minuman Keras di tempat awam- seorang Wanita AMERIKA datang kepada aku dan bertanya- bukankah MALAYSIA sebuah negara OPEN dan FREE macam DUBAI??
aku menjawab- Malaysia adalah sebuah negara ISLAM- dan berhak menghukum rakyatnya yang beragama islam jika membuat salah dan kita ada mahkamah SYARIAH..

DUBAI-- mungkin malaysia nak jadi macam negara Dubai--sesiapa pun boleh masuk,boleh buat konsert-LAGY GAGA ke, sapa2 je lah..tapi harus diingat- warganegara Dubai yang beragama ISLAM ( minority )masih kukuh EKONOMI atau istilah lain KAYA RAYA dan dunia hiburan yang melekakan ini banyaknya diterajui oleh bukan ISLAM.
Pada aku- DUBAI sama maca SINGAPORE- bukan MALAYSIA.

Pulang ke negara sendiri- aku membaca mengikuti perkembangan politik di negara ini. banyak masalah rupanya dari segi AKIDAH. dan sangat tidak menepati ISLAM yang sebenar,,

dalam diam aku mengagumi ARAB SAUDI- ketegasan mereka di ikuti oleh sesiapa sahaja dan tidak ada sesiapapun berani menentang untuk menuntuk hak kerana mereka ada hak mereka.
mereka mengamalkan hudud kerana mereka ISLAM dan itu arahan ALLAH. BUKANLAH ISLAM KITA MENIDAKKAN HUKUM ALLAH.

TOLONGLAH KAWAN-KAWAN- anak cucu kita nanti apalah nasib mereka sekiranya hidup dalam suasana SERBA "BOLEH" macam Malaysia ni...

masih banyak kekurangan..
orang UMNO-KALAU NAK UMNO TERUS MEMERINTAH NEGARA NI-BUATLAH SESUATU YANG MENJAMIN ORANG ISLAM.

ORANG PAS- ANDA DAH MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA--CUMA ADA BATAS-BATAS DAN TUNJUKKAN KEIKHLASAN DAN NIAT MURNI TU.

WASSALAM....










 

Tuesday, June 5, 2012

PETUA NAK KURUS!!!

Semalam..aku dengan Mr Hubby pergi melawat ofis di Jengka..masa nak masuk ke ofis,aku terlihat diriku sendiri di dalam cermin..
YA ALLAH,,,GEMOKNYER AKU!!
terus badmood..betul.aku betul2 tak sangka badan aku sebegini tembam sekarang..
ermm..
aku bagitau Mr Hubby..
"I HAVE TO GO TO THE GYM.."
no need..he said
Dia buat aku lagi badmood..bukannya aku nak susahkan dia..aku nak kurus nak slim mcm dulu..tu jer..
"abang ada petua untuk kurus"
beli arnab banyak2..
lepas tu lepas,, dan kejar untuk tangkap arnab2 tu..
kalau buat hari2..
mesti kurus

ngeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!



himpunan hijau

hijau...
lambang PAS..
aku bukan fanatik..
tapi RESPONSIBILITY
as a MUSLIM,,,
ALLAHUAKBAR