anda pembaca yang ke--->

Thursday, May 17, 2012

ADTEC

TENDER!!!
CEPAT2!!
NANTI DAPAT KAT ORANG LAIN!!
ERMM..
aku senyum..takper..takde lah aku teruja sangat..cuma kalau dapat..syukur ALHAMDULILLAH..
So...buatlah Profile..

PAGI JUMAAT-12 hb MAY..
pagi tu plan nak gi Temerloh hantar INVOIS di Pusat Servis Temerloh..
SINGGAH JAP..KITA HANTAR PROFILE..
MR. AHMAD FAIZAL cepat2 belok ke kanan..
masuk ke ADTEC..
sunyi-sepi.
"BILA NAK BUKAK NI ABANG?"
"NTAH..TANYA LAH NANTI"

AKU puji pak GUARD..SUNGGUH HUMBLE DAN BERSOPAN.
dia menyambutku dengan senyuman..sorang lelaki dan seorang pompuan..
berkat dia bekerja begitu,,bisikku..

" adik masuk daam dengan kereta,kemudian pusing belakang..pejabat di situ je"
sambil menunjukkan arah..aku mengangguk tanda faham..

setelah berjaya me"markinkan" exora suasa kami.aku turun dengan tak sabarnya..
kelihatan 2 org GENTLEMAN sedang berjalan menuju ke arah kami..
aku bertanya kan mana pejabat,mereka tak jawab---mereka tanya aku balik"DARI MANA NI?"
aku jawab nak hntar profile..barulah mereka tunjuk arah..

EXCITED...
PALPITATION
NEVER SEND ANY FILE OR PRO-FILE TO ANYWHERE
laju je aku masuk..
LAJU JUGAK AKU TOLAK PINTU

ASSALAMUALAIKUM...
terkesima melihat semua mata memandang..
saya nak hantar profile...
mukaku merah..
AISHH!!!!
PUAS AKU PUJUK DIRI..
HAHAHAHAHHAHA

got one GUY..OOPPSSSS BUKAN...got one MAN..
panggil " mai sini isi borang"
aku cepat-cepat menuju ke arah MAN tu,,
dia tunduk membelek2 kertas...cari 'borang'

"BILA KOLEJ NI NAK BUKA YA??"
dengan friendly aku bertanya..BUT NO ANSWER..
WAH..
ignore? or deaf?
ermmm

then he stand up facing me both,..with unsmiling face..
then my hubby ask again..
HOW TO CONTACT THE TECHNICIAN HERE??
IN MALAY BAHASA LA..

"KAMI TAK DIBENARKAN UNTUK BAGI TAU APA-APA. & BLA BLA BLA BLA BLA"
(MEMBEBEL)
 
WAH!! SO ACTION DIS MAN

DIA TREAT MY HUBBY LIKE WE WERE THERE TO BEGGING..

erm..

lepas disiasat...

DIA DRIVER JE RUPANYA
HAHAHAHAHAHHAHAHAHA
..............................................................................





Monday, May 14, 2012

TEE HUI YEE & WINNIE THE POOH

"
"hello,ni kak Nik ke
erm..siapa pulak yang call aku pagi-pagi buta ni..
aku baru saja memasuki kereta untuk ke tempat kerja. jam menunjukkan pukul 6.45 pagi.
" ya..siapa ni?" tanyaku lembut..
"Tee ni kak"
oh..aku tersenyum sendirian..patutlah aku rasa macam kenal suara tu..
"ya Tee..ada apa.."
"kak..boleh tak carikan Tee cover handphone nokia yang ada gambar POOH..
" aku meneguk liur..mana aku nak cari benda tu...erm..mungkin di Pertama Kompleks."erm..ok tee..Kak Nik cuba carikan..kalau tak de gambar POOH.,tee nak gambar lain tak..?"
"apa-apa lah kak Nik.." dia bersuara agak sayu. aku memang dah agak..memang dua tiga hari ni keadaannya kurang memuaskan.
" ok..Tee rehatlah..nanti apa-apa kak nik pergi jumpa Tee.."
"ok kak"
dia menutup talian..aku meneruskan pemanduan...

    Dua hari selepas itu..aku dikejutkan dengan berita Tee di suratkhabar merayu supaya orang mendermakan organ jantung kepadanya. Ibunya menangis mengenangkan anak kesayangannya sudah lebih setahun menggunakan alat bantuan mengepam jantung atau bahasa medicalnya VAD ( Ventricular Assist Device).
 Aku termenung..apalah nasib budak ni nanti..

" Nik..malam ni ada transplant" aku yang baru saja masuk ke bilik tukar pakaian memandang beberapa kawan kerja ku.
"siapa"
"ada 'donor' untuk Tee..aku dengar donor tu dari Perak..budak tahfiz.."
MasyaALLAH..aku tersentak..alhamdulillah,ada juga yang sudi walaupun berlainan agama..bisikku..
"budak tahfiz tu pesan dengan ayahnya..kalau dia mati.dermakan jantungnya pada budak cina yang dalam tv tu.."
hampir mengalir air mata ku mendengar penjelasan kawan-kawanku.

Aku di tugaskan bersiap-sedia untuk menerima Tee dari bilik bedah..sementara menunggu Team Transplant yang diketuai oleh Mr Rais pulang dari perak membawa jantung.dengan Helikopter ihsan ATM, aku dan dua lagi rakanku bersiap menyediakan ubat-ubatan,mesin pernafasan( ventilator )
Datuk Seri Najib dengan Rosmah pun datang tengok Tee..

Dah hampir 10 jam kami menunggu..aku sudah penat menolong beberapa Operation Theater Technician keluar masuk ke ICU mengambil berpuluh-puluh bag darah dan membantu mereka menghantar sample ujian darah ke makmal..hatiku tak putus-putus berdoa supaya Tee selamat menjalani pemindahan jantung..

"ada apa-apa perkembangan Nuar?" tanyaku yang cukup risau dengan keadaa Tee di bilik bedah..
Nuar menggeleng-gelengkan kepala..
aku menjenguk keluar..kelihatan ibu dan ayah tee menangis..dadaku berdebar-debar..
sarung handset WINNIE THE POOH..aku mengalirkan air mata..cepat-cepat aku menyeka kerana prinsip aku sebagai jururawat.aku tidak boleh menangis...

Tak lama kemudian..aku mendapat maklumat yang Tee akan dikelurkan dari bilik pembedahan.
aku bersedia...kemudian keluarlah beberapa orang doktor pakar seperti Mr Ezani ,dan beberapa pakar bius yang lain mengiringi katil Tee yang penuh dengan mesin-mesin dan wayar serta tiub di sana sini. Darah membasahi katil dan tubuh tubuh kecil yang terbujur kaku itu.
Aku menjalankan tugas seperti yang seharusnya aku lakukan..memang tuhan saja yang tahu betapa sibuknya aku pada hari itu.
sesekali ibu dan ayahnya datang,..seperti redha dengan apa yang berlaku pada anaknya
Tee mengalami rejection..badannya tidak dapat merima jantung milik remaja tahfiz itu..segalanya tidak stabil..aku tidak putus-putus menyuntik darah ke tubuh tee agar tekanan darahnya tidak turun...sesekali aku berbisik ke telinganya ..

"Tee..bangunlah..kuatkan semangat..kak Nik janji kak Nik belikan tee sarung telefon tu kalau Tee sembuh"
sedih sungguh aku melihat tee tidak memberikan sebarang jawapan. seluruh badannya pucat kerana kehilangan banyak darah..dia telah dibius sepenuhnya..
aku memandang beberapa rakan yang membantu aku..mereka memandangku sugul..

Shif dah habis. aku memberi laporan kepada jururawat yang seterusnya..mereka juga kelihatan sugul..tapi kami harus kuat untuk bersama-sama menyelamatkan gadis comel ini..
Aku pulang kerumah dengan hati yang kosong..ralat kerana tidak sempat memberikan apa yang tee mahu..WINNIE THE POOH..

Malam itu aku bangun jam 1 pagi..mengambil wuduk, sembahyang hajat dan bersujud.."ya ALLAH..'kau panjangkanlah umur tee..aku rayu padamu ya Allah.."
aku lupa yang Tee bukan seorang muslim..apa yang aku tahu..aku mahu Tee selamat..

Pagi itu,setibanya ditempat kerja,kira-kira jam 650 pagi..aku dikejutkan dengan berita gembira..Tee mendapat jantung baru-- dari anak muda berbangsa cina dari johor yang terlibat dengan kemalangan jalan raya..
Tee dikejarkan semula ke bilik bedah awal pagi tadi..aku senyummm...

aku bersama Tee..dari dia pulang dari bilik bedah sehingga ke proses penyembuhan..pelbagai kerenah Tee yang aku layan- tak mahu makan,tak mahu mandi,tak mahu makan ubat...sehinggakan ada yang datang bagi kaunseling..
hajat Tee semua kesampaian..niat nak berjumpa DATUK SITI NURHALIZA..LOTTER..semua dapat..

alhamdulillah..semuanya selesai..dia pulang ke rumah dengan ceria..aku pun dah lama tak dengar cerita dia..berhenti dari IJN,aku bertukar ke Riyadh..

Masa ni dah nak sembuh dah...
3 hari selepas menjalani Heart Transplant
aku doakan tee selalu sihat..cuma satu yang masih aku ralat..WINNIE THE POOH Tee aku tak beli lagi...
dah cantik...